9339 5739 | Centropod@Changi 80 Changi Road #05-21 Singapore 419715 info@wafaproduction.com

Kajian Ilmu Tajweed Al Quran

  • Program Memperbaiki Bacaan Al Quran Dengan TajweedSabtu 1.00ptg – 2.00ptg (Mula Ogos 2018)
    di Wafa, 80 Changi Rd Centropod #05-21 S 419715
    (MRT terdekat adalah Eunos. Berdekatan dengan Joochiat Complex dan Geylang Serai)

    Durasi program ini adalah 3 bulan yang akan berpandukan buku ‘tuhfatul athfal’ versi Bahasa Melayu. Sesuai buat para peserta yang sudah mampu membaca Al Quran dan ingin mendalami hukum tajweed yang dapat membantu dalam pembacaan Al Quran dengan baik, fasih beserta hukum-hakam yang betul

    Yuran adalah $50 sebulan. Pendaftaran di 9339 5739 (whatsapp). Berikan <nama> dan <emel>

    ******************

    Sinopsis:

    Dari Abdullah Bin Masud beliau berkata, “aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa membaca satu huruf dari kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu pahala kebaikan, dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan sepuluh kali, aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” Hr At-Tirmizi

    Ilmu tajwid adalah salah satu ilmu yang sangat utama di dalam Islam. Dengannya kalam Allah dapat dibaca dengan betul dan saksama. Supaya setiap huruf diberikan haknya yang sebenar, juga supaya sebutan, makhraj, gerakan lidah dan panjang pendek bacaan huruf-huruf Al-Quran terjaga.

    Tuhfatul Athfal – atau dapat diartikan sebagai ‘hadiah berharga bagi anak-anak’ adalah sebuah kitab yang dituliskan oleh Syaikh sulaiman Bin Hasan Bin Muhammad Al-Jamzuri.

    Kitab ini memperkenalkan kaedah-kaedah yang asas bagi ilmu tajwid, lantas sangat sesuai untuk dipelajari mereka yang baru ingin bermula mempelajari ilmu ini.

    Ilmunya disusun dalam bentuk syair sekaligus memudahkan para penuntut ilmu tajwid untuk mudah mengingati dan menghafalkan kaedah-kaedahnya.

     

    Yuran adalah $50 sebulan. Pendaftaran di 9339 5739 (whatsapp). Berikan <nama> dan <emel>