9339 5739 | Centropod@Changi 80 Changi Road #05-21 Singapore 419715 info@wafaproduction.com

Kajian Ilmu Tafsir Ahkam Ayat Quran

  • Sebuah pengajian khusus wanita yang akan mendalami cara para ulama mentafsirkan hukum-hukum Fiqih yang terdapat pada ayat-ayat Al-Quran.Durasi pengajian 5 bulan ini terbuka kepada semua wanita dan tidak tertakluk pada sebarang syarat kemasukan. Program ini juga tidak dikenakan sebarang ujian. Yuran hanyalah $50 sebulan untuk urusan logistik dan administrasi.

    Setiap hari Selasa 8.00mlm hingga 9.30mlm, bertempat di Wafa 80 Changi Rd #05-21 (berdekatan Geylang Serai Eunos). Pengajian akan bermula pada Ogos 2018.

    Pendaftaran di 93395739 (whatsapp sahaja) Berikan <nama> dan <emel>

    Tempat terhad. Pendaftaran akan ditutup setelah tempat penuh.

    Sinopsis:

    Sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi, Al-Quran telah menjadi sumber pertama dan utama dalam memahami agama Islam. Juga sebagai pedoman paling ampuh dalam melayari hidup ini hingga sampai ke syurga-Nya.

    Ibn Mas’ud pernah berkata: “Di antara kami jika mereka belajar sepuluh ayat, mereka tidak akan beranjak sehingga mampu mengetahui maknanya dan cara mengamalkannya.”

    Maka dari zaman ke zaman, Al-Quran terus ditafsirkan oleh para ulama tafsir, dicerna ayat-ayatnya, dikeluarkan ilmu-ilmunya dan dibukukan, diajarkan dan dipraktikkan. Setiap ulama menafsirkan ayat-ayat Al-Quran dengan pendekatan penafsiran yang berbeza-beza. Antaranya adalah dengan menafsirkan ayat-ayat Al-Quran dari aspek hukum-hakamnya.

    Meskipun fokus utama ilmu ‘Tafsir Ayat Ahkam’ adalah untuk mengetahui dan memahami hukum-hukum Fiqh, namun ilmu ini juga dapat memberi pendedahan dalam mengenali cara-cara para ulama Fiqh mengeluarkan hukum dari ayat Al-Quran. Perkara ini dapat menyadarkan kita akan keluasan setiap ayat Al-Quran yang melahirkan pendapat-pendapat yang berbeza.

    Pendaftaran di 93395739 (whatsapp sahaja) Berikan <nama> dan <emel>