9339 5739 | Centropod@Changi 80 Changi Road #05-21 Singapore 419715 info@wafaproduction.com

Bukan sekadar kisah tetapi sebuah kisah luar biasa.

Perjalanan hidup Baginda s.a.w yang dapat membuatkan hati siapapun terpesona.
Sang kekasih Tuhan yang mulia kedudukan, penuh cinta pada kata dan perbuatan
Hanya mereka yang telus dalam mencari akan diberikan cahaya untuk memahami
Kisah perjalanan Baginda s.a.w teramat penting untuk diselami dan dihayati

Pada sesi khusus wanita ini, Ustazah Halimah Alaydrus akan menyampaikan kisah Nabi Muhammad s.a.w dari kelahirannya sehinggalah kewafatan baginda s.a.w serta diselangi dengan beberapa qasidah indah. Ustazah Halimah dikenali sebagai seorang yang mampu menyentuh hati pendengar dengan gaya bahasanya yang puitis. Penghayatan Ustazah Halimah dalam penyampaian dapat membawa para pendengar menelusuri sejarah Baginda s.a.w seperti sedang berada bersama-nya. Kenalilah Nabi Muhammad s.a.w supaya hati akan jatuh cinta. Ketika hati sudah cinta, maka mudahlah untuk mengikuti ajaran Baginda s.a.w yang benar.

MENELUSURI KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W

  • Hari: Ahad 14 Oktober 2018
  • Waktu: 10.00pg – 2.00ptg
  • Tempat: Oditorium Masjid Sultan
  • Yuran: $50 (termasuk cenderahati dan makanan ringan)
  • Penceramah: Ustazah Halimah Alaydrus dan Ustazah Nadia Hanim A.R

Sila tekan butang ‘DAPATKAN TIKET’.